hai.. pada yang membaca blog ni... ( eh, ada ke?)
jom kita cerita sikit tentang adik angkat, kakak angkat, abang angkat.. rasanya semua tahu tentang hubungan angkat angkat ni.. especially time sekolah sekolah dulu tu kan.. pada yang masih giat berangkat angkat even umur tu dah layak bergelar bapak angkat, beringat la sikit ye.. keluarga come first, angkat angkat ini bukanlah sesuatu yang di galakkan..
kalau dulu, saya rasa berangkat angkat ni memang la best, rapat kan ukhuwah... tappiiii.. relevant kah hubungan angkat angkat pada yang berbeza jantina ini?
apakah kamu, kamu dan kamu rasa bila jadi angkat angkat ni kamu boleh nak rindu rindu, jumpa jumpa, berduaan, mesej sesuka hati kamu sahaja?
tahukah hukum kamu dengan angkat angkat kamu itu adalah tetap AJNABI?
yakni, bukan muhrim..
Quote
Ustaz Zul menjelaskan:Adik angkat, abang angkat, kakak angkat - semua ini hanya merupakan istilah yang sebenarnya menunjukkan perhubungan yang lebih rapat dari orang lain.
Atas tujuan apa untuk mengambil adik, abang, kakak? Kendian dilihat dari segi perhubungan jika sesama jenis tiada masalah besar yang timbul, jika berlainan jenis - banyak perkara perlu diperhatikan agar tahu batasan yang dibenarkan syarak.
Masalah yang biasanya timbul apabila yang lelaki mengambil wanita yang bukan mahram sebagai ahli angkatnya dan sebaliknya. Kemudian dengan menggunakan 'lesen' ini, mereka menghalalkan pergaulan seolah-olah tiada batasannya di dalam Islam.
maaf andai ada yang tidak suka dengan apa yang saya katakan di sini, saya juga sedang mengingatkan diri sendiri, dan perbaiki diri..
saya harap, hubungan angkat antara yang berbeza jantina ini di hentikan, kerana ini bukan sahaja membawa kepada maksiat yang tidak di sengajakan, malah juga boleh membawa kepada kerosakan hubungan rumah tangga yakni pada mereka yang sudah berumah tangga. Rasa cemburu dan prasangka akan hadir kerana perkara ini. Maka bersama samalah kita elakkan, jangan kita menjadi orang ketiga. Sesungguhnya syaitan itu sentiasa cuba menyesatkan kita
;)
till we meet again