Stess n How I Manage

Monday, September 19, 2011

Surat Cinta si Gadis buat si Jejaka

Dari si gadis
Kepada si jejaka

Sesungguhnya, cinta itu adalah anugerah yang telah diberikan untuk kita nikmati. Satu perasaan yang lahirnya tiada di jangka, hilangnya tiada di pinta. Apabila telah terbenihnya cinta itu di dalam hati yang subur, maka bercambahlah pohon cinta.
Mampukah di paksa sekeping hati untuk sebuah cinta? Naaa.... (geleng2)
penipuan yang paling besar adalah menipu perasaan, menipu cinta.
perasaan yang paling pedih juga kerana cinta.
perasaan yang paling bahagia juga kerana cinta.
Merana, Bahagia,Kecewa,Merindu kerana cinta.

If your handheld is too strong, it would break. but if you are too loose, it would slip down from your hands

Apa yang si gadis mahu dalam cinta?
Aku mahu di sayangi..
namun tidak melebihi sayang mu pada kedua orang tua mu
Aku ingin di rindui..
namun tidak kerana rupa paras ku
Aku perlukan cinta..
namun jangan mencintaiku melebihi cintamu kepada-Nya

Definasi cinta mungkin berbeza pada setiap yang menikmatinya, namun, bagiku, cinta adalah:
C- cahaya yang membantuku, mengingatkanku dan memimpinku di setiap langkahku
I- impian membina hidup bersama sepanjang hayat
N- nawaitu (niat) untuk menjadikan dia insan terbaik
T- teman untuk ku luah segala perasaan dan berkongsi segala susah dan senang
A- api, yang jika tidak di kawal akan membunuh seluruh hidup

Cinta adalah ikatan atau perasaan yang kuat yang menimbulkan rasa hormat dan sayang.
- Arddictionary.com



Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki…
Dia bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung,
juga bukan dari tapak kaki, untuk di pijak
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
dekat di bahu untuk dilindungi, 
dekat pula di hati untuk dikasihi.


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.


p/s: mood swing, now it swing to jiwang mode 
:p

No comments:

Post a Comment