Stess n How I Manage

Thursday, October 13, 2011

Dikejar dan Mengejar

aku berlari.. adakah aku di kejar atau aku yang mengejar? atau apakah akal ku, jiwaku, jasadku sekadar berlari tanpa ada arah yang pasti?
apakah aku di kejar? ya.. aku di kejar masa yang semakin singkat, makin aku lari, makin dekat jarak ku..  aku tersungkur, lantas aku leka.. tanpa sedar aku ketinggalan, jauh....
apabila aku tersentak, dari lena yang panjang, malangnya masa telah berlalu meninggalkan aku, sendiri... terkapai kapai.. titisan air mataku, mengalir deras, umpamanya empangan imanku sudah lama ku biarkan bocor.. kian lama kian menipis, membuat aku lemas.. jadilah aku insan yang rugi..

: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  1. وَالْعَصْرِ Demi masa.
  2. إِنَّ الإنْسَانَ لَفِي خُسْرٍ Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
  3. إِلا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.
  4. (surah al-asr)

malangnya, aku tersedar, namun tak mampu untuk terus bangun.. tersesat, lalai kerana mengejar pelangi yang hanya bersifat sementara.. menangis lagi.. menangis..
ku pejamkan mataku, ku bukakan mindaku, ku tarbiyah kan hati ku..
apakah wajar aku terus menangis? tapi mampukah aku untuk bangun semula?

doaku pada penciptaku,

Ya Allah. aku lah hambamu yang paling rugi, aku buta dalam cahaya..
Ya Allah, telah aku cari hati ku, namun, sepertinya aku gagal mengenal hatiku sendiri..
makanya Ya Allah,
berilah hati yang baru buat ku, untuk aku memulakan hidup yang lebih baik, hidup dalam jalanMu.

“carilah hatimu sewaktu membaca al-Qur’an, jika kamu tidak temui, maka carilah hatimu ketika mengerjakan solat…seandainya tidak temui juga, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati, jika tetap gagal menemuinya…berdoalah kepada ALLAH, pintalah hati yang baru…”

  kini, aku siapkan langkahku, doaku, andai aku terjatuh lagi, segerakan kaki ku untuk berdiri semula, untuk berlari kembali.. aku kini bukan lagi di kejar, tapi akulah yang mengejar..
aku mengejar masa yang telah jauh meninggalkan ku.. masa yang meniggalkanku kerna lalaiku.. aku tidak boleh leka lagi.. saat ku semakin suntuk.. tidak rela aku menjadi orang yang rugi lagi.. aku harus mengejar! mengejar masaku iman dan amal soleh..masa untuk ku kembali, mencari sinar yang dapat menerangi hidup gelapku, menerangi hidup kemudian ku..


'Ya Allah bantulah aku, menjadi manusia yang lebih berguna dan bantulah aku agar sentiasa berlari di jalanmu, dan mencari redha mu. ' amin...

Sunday, October 9, 2011

Berhati-hati Demi Kebaikan Bersama :)

Assalamualaikum..
saya dapat gambar ini dari facebook..
harap kepada semua, lepas ni yang berniat untuk beli ayat ayat al-Quran untuk di letakkan di rumah,
agar lebih berhati hati.. Jangan sampai kita terpedaya..
One more thing, setiap kali bila anda anda di luar sana membeli sejadah, harap di perhatikan dengan teliti gambar yang ada pada sejadah berkenaan.. Jangan sampai tersalah beli ea.. ;)

Semoga kita tidak tersalah langkah, dan semoga kita sentiasa berada di jalan ALLAH s.w.t.
amin :)

Tuesday, September 27, 2011

Smile My Dear~



a fake smile is still a smile,
maybe u find it hurts,
but that smile sometimes do bring smile to others,



sometimes we say, 
could not find a reason to smile,
but wish you kno, 
there is no need reasons to smile too, 
just smile



smile when you're scared,
you'll find confident,
smile when you are tired,
you'll find strength,
smile when you are sad,
then it will swept away your sadness

smile my dear,
you'll find hopes again..



Tuesday, September 20, 2011

kebenaran hurts, truth menyakitkan ;p

Sesungguhnya,
sebuah kebenaran itu kadang kala sangat pahit untuk di terima,
Akan tetapi,
sebuah pembohongan yang di lakukan untuk menutup sebuah kebenaran yang pedih
akan memakan diri
perlahan2 membakar jiwa sehingga menjadikan kamu insan yang penuh sengsara.

Dan lumrahnya,
manusia memilih pembohongan
dan menerima kesengsaraan sepanjang hayat.
pathetic~

Monday, September 19, 2011

Surat Cinta si Gadis buat si Jejaka

Dari si gadis
Kepada si jejaka

Sesungguhnya, cinta itu adalah anugerah yang telah diberikan untuk kita nikmati. Satu perasaan yang lahirnya tiada di jangka, hilangnya tiada di pinta. Apabila telah terbenihnya cinta itu di dalam hati yang subur, maka bercambahlah pohon cinta.
Mampukah di paksa sekeping hati untuk sebuah cinta? Naaa.... (geleng2)
penipuan yang paling besar adalah menipu perasaan, menipu cinta.
perasaan yang paling pedih juga kerana cinta.
perasaan yang paling bahagia juga kerana cinta.
Merana, Bahagia,Kecewa,Merindu kerana cinta.

If your handheld is too strong, it would break. but if you are too loose, it would slip down from your hands

Apa yang si gadis mahu dalam cinta?
Aku mahu di sayangi..
namun tidak melebihi sayang mu pada kedua orang tua mu
Aku ingin di rindui..
namun tidak kerana rupa paras ku
Aku perlukan cinta..
namun jangan mencintaiku melebihi cintamu kepada-Nya

Definasi cinta mungkin berbeza pada setiap yang menikmatinya, namun, bagiku, cinta adalah:
C- cahaya yang membantuku, mengingatkanku dan memimpinku di setiap langkahku
I- impian membina hidup bersama sepanjang hayat
N- nawaitu (niat) untuk menjadikan dia insan terbaik
T- teman untuk ku luah segala perasaan dan berkongsi segala susah dan senang
A- api, yang jika tidak di kawal akan membunuh seluruh hidup

Cinta adalah ikatan atau perasaan yang kuat yang menimbulkan rasa hormat dan sayang.
- Arddictionary.com



Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki…
Dia bukan dicipta dari kepala untuk dijunjung,
juga bukan dari tapak kaki, untuk di pijak
Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki
dekat di bahu untuk dilindungi, 
dekat pula di hati untuk dikasihi.


Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.


p/s: mood swing, now it swing to jiwang mode 
:p